Profil Syarikat

Addeen Online Sdn. Bhd. (Addeen) ialah sebuah syarikat e-dagang dan pembangunan konten digital yang menguruskan Addeen Online dan Addeen.my, sebuah web portal bahan bacaan online artikel-artikel Islamik dan motivasi. Addeen yang ditubuhkan pada 5 Disember, 2012 ialah sebuah entiti tempatan dan 100% dimiliki oleh bumiputera Malaysia.

Aktiviti & Perkhidmatan

Addeen menumpukan usahanya di dalam pembangunan majalah web digital dan telah bekerjasama dengan syarikat Telaga Biru untuk menghasilkan majalah bulanan popular mereka, iaitu Solusi, al-Ustaz dan Gen-Q di dalam bentuk digital. Majalah ini boleh dilanggan secara dalam talian di Addeen Online Store.

Addeen juga adalah rakan kepada eRezeki, sebuah program menjana pendapatan secara digital bagi seluruh rakyat Malaysia, di bawah seliaan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Addeen menawarkan peluang pendapatan tambahan sebagai promoter online/maya dengan hanya mempromosikan link langganan majalah digital dan mendapat komisen untuk setiap jualan langganan.

Rakan Strategik

                  

Hubungi Kami

PEJABAT:

Addeen Online Sdn Bhd (1026823-T)
80-3, Jalan Tasik Utama 5, Medan Niaga Tasik Damai
Lake Fields, Sungai Besi
57100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia.

EMEL: admin@addeen.com.my |TEL: +603 – 9055 3999 |FAKS: +603 – 9055 3939